Kelas Nadi Mahir Masak (Minggu 3)

9 Ogos 2025 | Aktiviti Terkini

Pada 8 Ogos 2025, telah berlangsung Kelas NADI Mahir Masak secara atas talian. Kelas ini berlangsung selama 1 jam, bermula pada jam 9:30 pagi sehingga 11:00 pagi di Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Kampung Surau. Program ini berlangsung dengan kerjasama pihak Efflean & REDtone.

Kursus NADI Mahir Masak pada minggu ini adalah secara praktikal menghasilkan Air Moktail. Cikgu menerangkan sejarah air mocktail ialah sejenis minuman tanpa alkohol terdiri daripada campuran buah-buahan dan perasa yang bebas alkohol. Ramuan dalam mocktail adalah terdiri dari buah-buahan seperti tembikai, nenas, epal, oren dan bahan lain yang berasaskan sayur seperti daun pudina. Peserta membawa bahan-bahan untuk pembuatan Air Mocktail. Peserta diaajar bersama cikgu mahir masak dalam menghasilkan Air Mocktail. Selain itu, peserta diberi tip cara menyimpan buah-buahan dan sayur-sayuran untuk tahan lebih lama.

Dengan adanya program pembelajaran sepanjang hayat ini, ia dapat mempromosikan NADI kepada masyarakat sebagai pusat komuniti yang mempunyai kepelbagaian fungsi selain pusat pembelajaran dan membantu mempromosikan usahawan tempatan serta dapat membantu usahawan untuk meningkatkan pendapatan.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali